ROOMS









The Danna Langkawi
The Danna Langkawilah terletaknya kolam infiniti terbesar di Pulau Langkawi! Betapa luasnya kolam ini sehinggakan pada hari ramai orang bermandi-manda pun tak terasa padatnya, ini baru betul infiniti! Tak cukup dengan kolam seluas pandangan, anda boleh berjalan kaki menuju ke pantai peribadi milik hotel ini, lengkap dengan kerusi santai dibawah lindungan bumbung.
The Danna Langkawi
The Danna Langkawilah terletaknya kolam infiniti terbesar di Pulau Langkawi! Betapa luasnya kolam ini sehinggakan pada hari ramai orang bermandi-manda pun tak terasa padatnya, ini baru betul infiniti! Tak cukup dengan kolam seluas pandangan, anda boleh berjalan kaki menuju ke pantai peribadi milik hotel ini, lengkap dengan kerusi santai dibawah lindungan bumbung.
The Andaman, A Luxury Collection Resort
The Andaman adalah sebuah hotel tepi pantai yang memiliki reka bentuk rumah tradisional Melayu. Suasana hotel ini cukup tenang dikelilingi oleh hutan hujan yang terletak di sepanjang Datai Bay. Suasana natural ini bukan sahaja dapat dilihat dari luar hotel, apabila anda memasuki ruang lobi hotel ini
Adya Hotel Langkawi
Hotel indah yang terletak di tengah-tengah kota Kuah Langkawi ini adalah satu-satunya hotel yang Islamik kalau nak dibandingkan dengan hotel yang lain. Hotel ini lengkap dengan ruang solatnya sendiri. Kolam mandinya pula ada 3 jenis, ada yang boleh digunakan semua penginap, ada kolam renang untuk kanak-kanak dan yang paling special sekali adalah kolam renang khas untuk wanita sahaja! Macam ni baru syokkan para wanita? Barulah ada privasi!
Four Seasons Resort Langkawi
Hotel yang memiliki pantai peribadi khas untuk penginapnya ini, Four Seasons Resort Langkawi, adalah sebuah hotel yang cukup stylish! Memiliki reka bentuk tradisional Melayu, dalam atmosfera desanya ini tetap lengkap dengan bermacam kemudahan moden yang bukan biasa-biasa, semuanya cukup mewah!
Telaga Terrace Boutique Resort
Hotel yang menggabungkan seni bina tradisional Melayu dan moden ini menawarkan penginapan yang sangat memukau jiwa. Apabila anda sampai ke bilik, anda akan disambut dengan bau yang sungguh harum kerana sebelum anda check-in, pihak hotel akan membakar essential oil untuk mewangikan bilik, memang tip-top lah layanan hotel ini!Penginapan anda juga terasa sangat tropikal dengan gabungan warna-warna natural dan sedikit sentuhan warna cerah untuk menghidupkan suasana bilik.
Bon Ton Resort
Untuk pengetahuan anda, Temple Tree Resort adalah sebuah resort bawah kelolaan Bon Ton Resort dan kedudukannya saling sebelah-menyebelahi. Apa sahaja kemudahan yang ada di kedua-dua resort ini boleh digunakan oleh para penginap. Bon Ton Resort ini pun memiliki kolam renangnya sendiri yang menyajikan pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau.
The Westin Langkawi Resort & Spa
Sekiranya anda menaiki feri menuju ke Kuah, anda akan terlihat sebuah resort yang cukup indah dan nampak mewah walau dari jauh, The Westin Langkawi Resort & Spa. Resort ini memiliki ruang pantai peribadi istimewa hanya untuk para penginap resort. Kemudahan menarik yang disediakan resort ini adalah empat buah kolam termasuklah kolam infiniti dan kesemuanya menghidangkan pemandangan Laut Andaman.


Villa Molek
Apa yang anda inginkan untuk sebuah penginapan yang sempurna? Kolam renang dengan pemandangan indah bukit yang menghijau? Checked! Taman tropika yang menyegarkan fikiran? Checked! Pemandangan indah dari bilik? Checked! Rekaan dalaman bilik yang sangat teliti dan dilengkapi perabot mewah? Checked! Ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menghirup udara segar? Checked! Spa pun ada, ada lagi yang tak cukup?